Wednesday 6 April 2016

Perkampungan Asal Kartun Popeye - Bahagian 1

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Hari ini kartun Popeye mungkin tidak lagi terkenal seperti 20 atau 30 tahun lalu di mana anda semua pasti setuju tidak kira kanak-kanak lelaki atau perempuan membesar dengan menonton rancangan kartun yang masyhur ini. Saya juga tidak terkecuali malah sewaktu kecil saya turut mempunyai bantal Popeye dan watak-watak yang lain. Menonton Popeye di kaca televisyen merupakan satu bentuk hiburan sewaktu zaman kanak-kanak yang pasti tidak akan dilupakan.

Nampaknya hiburan ini tidak berhenti setakat itu apabila saya dan suami menjejakkan kaki ke Chester, Illinois, kerana keseronokan zaman kanak-kanak kembali semula sebaik sahaja kami 'masuk ke dunia Popeye'.

Chester adalah pekan kecil yang terletak berhampiran dengan Sungai Mississippi di negeri Illinois dengan populasi penduduk lebih kurang 8 500 orang. Dipendekkan cerita, kartunis yang juga pencipta kartun Popeye, E.C Segar lahir dan dibesarkan di Chester. Beliau mengembangkan bakatnya serta terkenal di Chicago dan meninggal dunia di Santa Monica, California. Kampung halaman E.C Segar tetap terkenal dan menjadi tumpuan peminat Popeye yang datang berkunjung tidak kira dari dalam dan luar negara bagi menghadiri beberapa acara tahunan yang berkait dengan Popeye. Lebih menarik lagi watak Popeye itu sendiri adalah berdasarkan dari seorang penduduk di Chester yang bernama Frank "Rocky" Fiegel.


Sempadan antara negeri Missouri dan Illinois. Misi menjejaki Popeye bakal bermula.


Tiba di Chester, Illinois.


Bangunan-bangunan di Chester dipenuhi dengan lukisan dari watak-watak di dalam kartun Popeye.




E.C Segar, kartunis merangkap pencipta kartun Popeye.






Tidak melepaskan peluang untuk masuk ke Muzium Popeye.

Muzium Popeye bukan sahaja mempamerkan koleksi unik dan edisi terhad tetapi juga terdapat banyak koleksi serta cenderamta yang boleh dibeli oleh pelawat.




















Cerita saya tidak habis di sini, nantikan artikel bahagian 2 yang bakal disiarkan tidak lama lagi.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment