Friday 13 March 2015

2011 F1 Qantas Australian Grand Prix Di Melbourne, Australia - Bahagian 1

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya merupakan peminat sukan lumba kereta F1 sejak dari bangku sekolah lagi. Pernah memenangi tiket percuma ke perlumbaan di Sepang, Malaysia pada awal tahun 2000 tetapi malang sekali saya tidak dapat pergi pada waktu itu.

Impian untuk menyaksikan perlumbaan F1 di litar lumba masih tidak kesampaian sehinggalah pada tahun 2011 apabila saya akhirnya menjejakkan kaki di Albert Park, yang terletak tidak jauh dari rumah saya di Melbourne bagi menyaksikan 2011 F1 Qantas Australian Grand Prix.

Sebenarnya ia adalah perancangan tanpa dirancang. Sangat teruja setiap kali ngauman enjin kereta F1 yang jelas boleh didengar dari apartmen saya di dalam pusat bandar Melbourne, dan kebetulan saya agak bosan kerana suami bertugas di luar kawasan, maka saya bertekad untuk ke Albert Park hanya untuk melihat suasana dan ingin membeli cenderahati.

Apabila sampai di sana, saya sebenarnya 'terperangkap'. Saya sudah berada di salah satu pintu masuk dan jualan cenderahati pula dijual di dalam kawasan berbayar. Tanpa berfikir panjang, saya terus membeli tiket masuk. Walaupun saya pergi pada hari ujian masa bukan pada hari perlumbaan terakhir tetapi saya puas kerana tidak banyak perbezaan. Yang membezakan antara dua hari tersebut ialah harga tiket dan bilangan pengunjung.

Entri pada kali ini saya bahagikan kepada dua bahagian dan saya terpaksa membuat saringan beberapa kali kerana terlalu banyak gambar yang saya rakamkan.


Hanya beberapa gambar sahaja yang saya letakkan kapsyen. Semoga anda terhibur hendaknya. 



Pelbagai aktiviti diadakan di bandar Melbourne (Southbank) sempena F1.

Gambar paling atas sebelah kiri : Pemandangan Southbank yang saya rakamkan dari balkoni apartmen saya.

Menaiki trem ke Albet Park.









Gambar bawah kiri : Oleh kerana saya datang seoarang diri, maka selfie menggunakan camera dslr adalah biasa saya lakukan.


















Entri ini akan bersambung ke Bahagian 2.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


No comments:

Post a Comment