Friday 7 February 2014

Eureka Skydeck 88 Di Melbourne (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Eureka Skydeck 88 ialah anjung tinjau yang terketak di Eureka Tower di Melbourne, Australia.
Anjung tinjau yang mempunyai posisi 360 darjah ini menawarkan pemandangan bandar Melbourne yang paling cantik dan menarik apatah lagi dipasang dengan cermin kaca dari bumbung hingga ke lantai.
Oleh kerana saya tinggal di pusat bandar dan berhadapan dengan Eureka Tower, maka saya dan suami telah membeli pas masuk tahunan. Pas masuk tahunan memberi kami peluang keluar dan masuk tanpa had. Boleh dikatakan Skydeck 88 umpama 'padang permainan' bagi kami. Apabila bosan di rumah, pasti kami akan datang ke sini tanpa mengira waktu siang atau malam.

Di Melbourne sebenarnya agak sukar untuk mendapatkan cuaca yang panas terik dan langit yang cerah lagi membiru. Oleh itu, saya dahulukan gambar-gambar di bawah mengikut keadaan cuaca yang cantik.

2011
Gambar penuh Eureka Tower yang dirakamkan dari jauh.

Sebelum naik ke Eureka Skydeck 88.

Gambar atas kiri : Lif ini merupakan yang terpantas di Atmosfera Selatan. Perjalanan naik dari tingkat bawah (ground floor) cuma mengambil masa 38 saat untuk sampai ke tingkat 88.

Gambar lain : Pemandangan bandar Melbourne.


The Terrace - Anjung tinjau terbuka di tingkat yang sama. Kepada mereka yang takut dengan ketinggian, di harap anda berhati-hati kerana selalunya berlaku angin kuat.

Gambar atas : Salah satu gambar kegemaran saya.

Gambar bawah : Anak saudara sedang menunggu giliran untuk masuk dan merasai suasana The Edge.

The Edge - Satu-satunya di dunia! Kiub kaca sepanjang 3 meter ini akan keluar dari bangunan dan ianya tergantung selama beberapa minit. Untuk masuk ke The Edge, tiket boleh dibeli di kaunter khas di anjung tinjau. Pelawat tidak dibenarkan membawa kamera, tetapi pihak Eureka ada menyediakan jurugambar profesional sendiri. Harga gambar yang dikenakan tidak termasuk harga masuk ke The Edge.

Sempat merakamkan beberapa gambar sebelum menanti The Edge keluar dari bangunan.

Merakamkan gambar anak saudara yang pertama kali mencuba The Edge.


Cuba memfokuskan kepada lantai kaca The Edge.

Gambar dari jurugambar profesional sudah hampir siap. Gelang getah berwarna kuning yang betulis "I Survived The Edge" (Saya Terselamat Dari The Edge) diberikan percuma kepada mereka yang sudah membayar untuk masuk ke The Edge.


2010Kenangan semasa pertama kali saya berkunjung ke Eureka Skydeck 88 dengan membawa ibu mertua saya.





Gambar atas : Dua keping gambar saya dan suami semasa berada di The Edge.

Gambar bawah : Skydeck Shop - Kedai cenderamata.

Akan bersambung ke Bahagian 2.

No comments:

Post a Comment